Berapa kos pembaikan paip di Malaysia?
Harga pembaikan paip boleh bermula dari RM150 untuk paip bocor yang kelihatan di KL & Selangor, dari RM100 untuk membersih saluran tersumbat dan dari RM160 untuk penggantian pili singki. Kebocoran tersembunyi dalam dinding bermula dari RM450 kerana memerlukan pengesanan, pembukaan dinding dan skim asas. Kos akhir bergantung pada bahan paip, akses, skop kerja serta sama ada hacking atau kerja jubin diperlukan.



